Sunday, 26 June 2011

Kepentingan Menjaga Email | Cara Menjaga Email | Tips Menjaga Email Dari Di Hack

Salam…
Harap korang semua dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga tersayang dan ceria dalam melakukan setiap kerja, baik kerja untuk dunia, mahupun kerja untuk akhirat. Dalam dunia yang serba moden ni, pastinya korang semua menpunyai akaun email untuk kegunaan harian seperti pembelian online, Laman Sosial, pendaftaran pekerjaan dan lain-lain lagi.
Adalah menjadi kemestian untuk korang semua menjaga email peribadi kerana banyak laporan yang email diorang kena hack! Korang sendiri tahu, dalam email korang terdapat pelbagai perkara penting yang tidak patut di ketahui oleh orang lain. Sebagai contoh jika email korang password email korang terdedah, mungkin akaun bank korang menjadi mangsa, akaun laman sosial yang korang join juga mungkin akan di ambil peluang untuk login. Tambahan lagi, kemudahan pembelian seluruh dunia iaitu Paypal mungkin menjadi suatu kepuasan untuk para hacker mendapatkannya dari email korang.
Walaupun banyak cara yang boleh kita praktikkan. Namun hanya sekadar beberapa tips basic yang aku nak kongsikan dan sedikit sebanyak dapat membantu menjaga email korang dari di hack.
Password Email
Perkara basic yang perlu korang semua patuhi adalah semasa mula-mula pendaftar email. Pastikan korang menggunakan kombinasi huruf, nombor dan simbol yang susah untuk di agak oleh orang lain. Tolong, tolong, tolong jangan gunakan nombor ic, surat beranak, tarikh lahir, nombor ID universiti dan lain-lain yang mungkin orang lain boleh try and error! Jika email korang guna password seperti yang aku cakap tu, tolong tukar sekarang! Korang seolah-olah membantu orang lain hack email korang.
Email Peribadi Vs Email Harian



Buat akaun email khas untuk kegunaan harian korang dan email peribadi korang. Contohnya email kegunaan harian seperti Laman Sosial (Facebook, Myspace, Twitter dan lain-lain), Forum dan sebagainya. Contoh email peribadi seperti pendaftaran Online Banking, Daftar Universiti  dan sebagainya yang korang rasa ianya bahaya jika terdedah kepada orang lain.
Aku sendiri memiliki 4 email untuk kegunaan yang berbeza-beza, walaupun ianya nampak seperti susah untuk kita menggunakan email yang banyak tapi ianya lebih selamat berbanding menggunakan  satu email.
Aku kongsikan sedikit contoh yang mungkin korang akan nampak lebih jelas mengapa kita perlukan lebih dari satu email. Satu forum telah di hack oleh hacker dan dia akan boleh memperolehi email dan password user yang berdaftar dengan mudah. Jika email dan password yang korang gunakan untuk forum tersebut sama seperti yang korang gunakan untuk kegunaan peribadi. Maka data yang sepatutnya di rahsiakan juga akan terbongkar dengan mudah.
Mungkin korang boleh cakap security Facebook, Yahoo, Google dan sebagainya adalah tingg.i Tapi bagaimana pula dengan Laman Web Forum, Perniagaan, Program Affliate dan lain-lain yang hanya ber’admin kan orang biasa yang tidak mempunyai security yang tinggi. Prevention is better than cure.
Dont Trust Your Email 100%
Zaman yang kian canggih ni, terlalu banyak spam yang korang boleh dapat. Setiap hari aku akan dapat email Spam dengan pelbagai aktiviti yang tak munasabah bagi aku. Abaikan semua program tersebut tapi fokus kepada spam email yang perlu korang elakkan iaitu email yang besertakan link palsu.
Sebagai contoh, korang dapat Spam Email mengenai buat duit dengan Facebook siap bagi link. Korang pun klik link terus pergi ke page Facebook yang palsu. Korang salah sorang mangsa Phishing!
Pastikan URL Betul
Rasanya perkara ni tak perlu nak kita panjang lebarkan, teknik hacker yang di kenali sebagai Phishing pasti ramai yang sudah tahu, di mana hacker akan membuat suatu laman web yang serupa dengan yang original. Sebagai contoh, hacker telah membuat laman web palsu Facebook yang berdomainkan fecebook.com yang mungkin korang tak perasan domain tersebut adalah fake!
Apabila korang login ke Laman Web tersebut, email dengan password korang akan di hantar terus kepada hacker. Kenapa aku tekankan perkara ini, kerana script untuk membuat laman web palsu seperti Facebook bukanlah perkara yang susah kerana ianya boleh di cari di google semudah ABC!
Budak-budak sekolah pun boleh buat laman web palsu kerana kemudahan untuk mendapatkan domain dan hosting secara percuma sangat mudah mudah mudah. Cara yang paling mudah untuk mengelakkan adalah dengan cara bookmark laman web yang selalu korang gunakan. Setiap kali korang nak login, just pergi ke tempat yang korang bookmark, bukankah ianya lebih selamat?
Cukup sampai sini aku nak berkongsi hehe..Aku kongsi berdasarkan pengalaman bukan aku ambil pengalaman orang lain hehe…Jangan fikir perkara ni tak serius! Tak payah nak hati batu sangat la…=P


Read more: DragonHackers Blogspot | Tutorial Blogger | Tutorial Internet | Tutorial Computer http://dragonhackthis.blogspot.com/ Under Creative Commons License: Attribution

0 comments: