Saturday 16 July 2011

Google+ Bakal Melangkaui 10 Juta Pengguna Hari Ini?

Semalam kami telah pun melaporkan yang mana pengguna Google+ telah pun melangkaui angka 8 juta, dan kini ianya diperkatakan yang mana Google+ bakal melangkaui angka pengguna 10 juta orang dalam tempoh kurang 24 jam lagi, sekaligus memperlihatkan penambahan pengguna yang drastik pada Google+.
Apa yang menariknya adalah perkhidmatan rangkaian sosial terkini daripada Google itu baru sahaja dua minggu dilancarkan, dan masih lagi pada peringkat beta tertutup dan memerlukan emel jemputan untuk menyertainya. Dan akhir-akhir ini, Google tidak lagi menyembunyikan butang jemputan untuk Google+, sekaligus membolehkan para pengguna menjemput rakan-rakan mereka dengan mudah.
Walaubagaimanapun, seperti semua sedia maklum, ianya hanyalah sekadar angka anggaran sahaja, dan masih lagi tiada sebarang pengumuman rasmi daripada pihak Google buat masa ini. Pembangun Google sebelum ini hanya mengumumkan yang mana mereka akan membawakan beberapa perubahan pada laman rangkaian sosial mereka itu, bersesuaian dengan permintaan para pengguna mereka.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut daripada pihak Google.


Read more: DragonHackers Blogspot | Tutorial Blogger | Tutorial Internet | Tutorial Computer http://dragonhackthis.blogspot.com/ Under Creative Commons License: Attribution

0 comments: