Tuesday, 12 July 2011

Teknik Terbaik Naikkan Traffik Blog

Increase Blog Traffic 300x226 Teknik Terbaik Naikkan Traffik Blog
Ok ini adalah tutorial pertama di DragonHackers, dan sudah pasti rata-rata para blogger sedang mencari macammana cara untuk meningkatkan traffik dengan cara terbaik. Tidak susah sebenarnya jika kita ingin mendapatkan traffik yang tinggi seperti blogger yang lain. Di bawah saya senaraikan beberapa teknik terbaik untuk meningkatkan traffik blog.

Permainan Keyword
Permainan keyword di sini adalah sangat-sangat penting dalam sesebuah blog mahupun website. Keyword juga menjadi faktor utama dalam meningkatkan ranking blog. Bagi sesiapa yang bijak bermain keyword, pastinya mudah bagi mereka untuk mengusai SEO (Search Engine Optimization). Apa itu SEO? Akan saya terangkan dalam post akan datang. Bagi bermain dengan keyword, JANGAN jadikan anda sebagai penulis 100% semasa anda menulis entry-entry baru, pastikan anda juga berfikir diri anda sebagai pencari atau orang yang tengah mencari sesuatu di mana-mana search engine seperti google, yahoo dan lain-lain. Keyword yang unik pastinya akan memberikan blog anda berada di tangga di atas pada google.


Backlink Yang Berkualiti
Pasti anda semua tahu pasal backlink bukan? Tapi ramai yang masih samar-samar dalam penggunaan backlink. Macammana nak gunakan backlink? Ok saya terangkan penggunaan backlink adalah sangat luas sebenarnya. Selalunya ramai yang gunakan backlink pada shoutmix dan juga shoutbox. Backlink tidak tidak terhad, contohnya anda juga boleh membuat backlink dalam entry anda, buat backlink untuk entry-entry lama untuk tujuan entry-entry lama tidak dilupakan. Cuba kaitkan entry-entry lama tersebut ke dalam entry baru anda. Tapi ia hendaklah bersesuaian dengan tajuk anda. Selain itu backlink juga boleh dilakukan di blog-blog orang lain dengan bantuan para blogger. Rajin-rajinkanlah diri anda untuk membuat backlink tentang blogger-blogger yang lain dan pastinya mereka akan membalas semula kemudian.
Penggunaan Ping Blog
Kalau tak salah sekarang ping blog dah jadi kegilaan ramai untuk memastikan traffik mereka sentiasa meningkat. Banyak tempat yang boleh ping blog. Antaranya adalah Innit (nuffnang), Gengblogger, Facebook, Twitter dan banyak lagi. Jadi caranya adalah mudah, cuma copy dan pastekan link entry anda misalnya anda nak ping di Facebook, anda boleh postkan link anda untuk memberitahu tentang entry baru anda.Anda juga boleh ping blog anda di Sahabat Blogger. Lebih 6 ribu pengguna blogger berhimpun di sana setiap masa. Sahabat Blogger menjadi tempat di mana ramai pengguna blogger berhimpun bersama-sama.
Bantuan Google Search Engine
Pastinya ramai yang nak tahu macammana nak pastikan search engine boleh membantu. Sebelum itu pastikan blog anda telah di index oleh google terlebih dahulu. Anda juga boleh memasukkan link entry terbaru anda di : http://www.google.com.my/addurl
Penggunaan Domain
Untuk pengetahuan anda semua, semua engine pencarian sangat mesra dengan domain. Nak tahu kenapa search engine sukakan domain? Sebab domain adalah berbayar dan itulah jawannya..


Read more: DragonHackers Blogspot | Tutorial Blogger | Tutorial Internet | Tutorial Computer http://dragonhackthis.blogspot.com/ Under Creative Commons License: Attribution

0 comments: