Wednesday, 20 July 2011

NiagaKit – sistem web jualan, perniaga



Jika kita di beri PERCUMA satu sistem web jualan yang boleh kita gunakan untuk menjual produk sendiri secara online kepada rakyat Malaysia (khususnya), apakah sistem yang paling SERASI dan SELESA untuk di pilih?
Okay…
Soalan di atas mungkin terlalu umum tetapi cuba FOKUS semula pada perkataan SERASI dan SELESA itu. Kemudian fikirkan sekali lagi jawapan yang akan di beri.
Kalau ada jawapan selain dari sistem web jualan NiagaKit (kedai online), sila nyatakan di ruangan komen kerana hari ini… sebab aku ingin berkongsi sedikit info mengenai hasil kerja tangan beberapa Usahawan Internet Malaysia.





Baiklah.
Rasanya semua pernah dengar nama NiagaKit. Nama NiagaKit ini bukan satu nama baru tetapi sudah lama wujud. Pada zaman awal kemunculannya beberapa tahun lepas, ramai yang bersikap skeptikal dengan produk ini. Biasalah, benda baru… di tambah lagi dengan kekurangan exposure ataupun pendedahan.
Tapi lupakan sekejap mengenai sejarah NiagaKit ini. Sebab ada perkara yang aku rasa lebih penting untuk diberitahu dan untuk menjelaskannya dengan lebih mudah lagi, aku telah bahagikan penerangan ini kepada 3 bahagian iaitu:


1. Sistem Web Jualan (kedai online)
2. Perniagaan (internet)
3. Sokongan (perkhidmatan)


Untuk mereka yang masih lagi “blur” mengenai NiagaKit, cubalah baca entri ini sehingga habis. Lepas tu, aku pasti madah yang berbunyi “tak kenal maka tak cinta” boleh dilupakan sebentar. SISTEM WEB JUALAN (Sistem Kedai Online)











Kita adalah pengguna internet betul?
Setiap hari kita di dedahkan dengan cerita mengenai otai IM, pengusaha internet, usahawan internet, buat duit di internet, taukey kedai online dan sebagainya.
Tidak dapat di nafikan ramai dari kita yang mempunyai “niat dan harapan” untuk menjana pendapatan di internet. Kalau tidak percaya, tanyalah sesiapa sahaja…. pekerja kilang, pemandu teksi, cikgu, pelajar, freelancer, suri rumah, peniaga… even kerani cabuk pun mempunyai impian seumpama itu.
Tapi dalam banyak hal, kita semua mempunyai satu SATU MASALAH YANG SAMA. Dan masalah inilah yang menghalang semua impian itu dari tercapai.
Apakah masalah tersebut?
Masalah itu ialah TIDAK TAHU, TIDAK PANDAI, TIDAK MEMPUNYAI ASAS INTERNET, KEKURANGAN INFO serta TUNJUK AJAR. Inilah dia perkara-perkara yang akan menguburkan niat asal kita untuk berjaya seperti orang lain.
Pada waktu kita sedang berkira-kira untuk “mula belajar”, orang lain sudahpun sibuk berkira-kira keuntungan yang di jana. Jadi apakah yang harus kita lakukan?
Tiada apa-apa sebenarnya.
Kita bukan boleh belajar semuanya seperti yang orang selalu kata. Ada ketikanya masa untuk diri kita sendiri pun tiada, apatah lagi untuk keluarga serta anak-anak. Itu belum di campur dengan masa untuk “belajar” tadi.
Di sinilah terbitnya azam dan inisiatif Labanon, Zhafran serta team`nya. Di bawah syarikat FlareBiz, mereka mengorak langkah untuk menjadikan semua masalah itu sebagai satu projek besar. Dan hasilnya, lahirlah sistem web jualan ataupun kedai online yang diberi nama NiagaKit !!!
PERNIAGAAN
Apa yang ada pada NiagaKit?



Banyak yang ada pada NiagaKit sebenarnya. Tapi untuk mereka yang baru dalam dunia internet, di bawah adalah antara spesikasi yang bagus untuk diberi perhatian:
1. Kemudahan Pembayaran Melalui Bank Tempatan.
- Hendak berniaga memang boleh, tapi keperluan untuk pelanggan membuat pembayaran adalah masalah yang paling UTAMA sekali harus di beri perhatian. Dan ianya telahpun di sediakan. Mudah`kan?
2. Kemudahan Tambahan Untuk Pembayaran via Paypal dan Kad Kredit.
- Hendak berniaga online kenalah ada 2 perkara ini. Jika tidak, conversion untuk berlakunya sales adalah amat kurang sekali.
3. SERASI Dan SELESA Untuk Semua Rakyat Malaysia.
- NiagaKit menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara. Dari Kedah sampailah Sabah dan Sarawak, tiada masalah untuk sesiapapun menggunakannya.
4. “Sistem” yang telah di pakejkan dalam satu “sistem web jualan”.
- Theme dan designnya yang ringan memudahkan sesiapapun untuk melayarinya. Kalau menggunakan sistem lain, jenuh untuk menunggu sampai habis loading. Silap haribulan daripada prospek itu ada niat nak membeli, terus hilang moodnya sebab loading tak habis-habis. (Kredit untuk Bob selaku web designer)
Senang cerita, cuba sendirilah baru tahu! (klik imej dibawah dan kemudian, masukkan nama serta email anda:)


niagakit demo
Selain itu, ada widget yang mudah untuk di gunakan dan juga SEO optimization. Tapi kalau ada yang kurang jelas mengenai widget, SEO dan segala bagai perkara yang berkait dengan NiagaKit, sila baca dengan teliti semua info yang telah di sediakan pada bahagian SOKONGAN di bawah.
SOKONGAN
Bagi aku NiagaKit bukan setakat kedai online. NiagaKit mempunyai “lebih” dari apa yang kita tahu dan kita dengar.
Apakah yang “lebih” pada NiagaKit?
Pada aku, yang lebih pada NiagaKit adalah SOLUTION.
Sama ada kita perasan atau tidak, semua penyelesaian kepada permasalahan yang PERNAH menjadi penghalang kepada kita (TIDAK TAHU, TIDAK PANDAI, TIDAK MEMPUNYAI ASAS INTERNET, KEKURANGAN INFO serta TUNJUK AJAR) ada pada NiagaKit.
Walaupun aku tidak pernah berjumpa dengan team Flarebiz, tetapi sebagai seorang ahli perniagaan… aku cukup suka menilai sesebuah perniagaan dari aspek “business planning” mereka.
Mungkin ramai yang tidak sedar progression serta capability NiagaKit versi 2 ini, tetapi aku agak berkenan dengan “R&D” (Research and Development) yang mereka lakukan.
Kalau dulu ramai yang mempersoalkan NiagaKit versi 1, tetapi segala komen dan kutukan yang diterima telah menjadikan pakej Versi 2 ini nampak menarik dan professional sekali.
Menarik di sini bukan mengenai designnya sahaja tetapi khidmat SOKONGAN yang di berikan.
Pernahkah ada sesiapa di antara kita yang melihat USAHA team FlareBiz berpindah ke pejabat baru, menganjurkan Mini Seminar dan mempromosikan laman Facebooknya sendiri sebagai satu R&D?
Iya…. inilah yang patut di nilaikan kerana dalam perniagaan, “we must walk our talk“. Bermakna kita harus memberitahu segalanya kepada pelanggan tanpa ada sebarang perkara yang tersembunyi.


niagakit-mini-seminar-1
niagakit-mini-seminar-2
Berbalik kepada “Sistem” yang telah di pakejkan dalam satu “sistem web jualan”…. itu semua akan di terangkan di dalam Mini Seminar.
Bermakna dalam Mini Seminar ini, kita boleh bertanya kepada mereka walaupun hanya sekadar maklumat asas. Yang penting, khidmat sokongan SEBELUM dan SELEPAS pembelian NiagaKit ini di pantau dengan baik. Bukankah ini yang kita perlukan untuk mencapai impian kita tadi?
Hurmmm… kita ingin berniaga bukan?
Persoalannya sekarang ini, adakah kita ingin berniaga dengan mereka yang kita sendiri tidak yakin akan kebolehannya?
Begitu juga dengan team FlareBiz.
Rasa-rasanya adakah mereka lakukan semua ini hanya sekadar suka-suka ataupun mereka ingin lihat kita berjaya? Kenyataannya jika kita berjaya, mereka pun akan gembira dan semua orang akan mempunyai kedai online sendiri.



Adakah pemilik yang di senaraikan di bawah ini membuat satu kesilapan dengan menggunakan NiagaKit sebagai sistem kedai online mereka?
1) Koleksi Setem
2) UbiShoppe Dot Com
3) 3GX Modem Dot Com
4) JomShopping Dot Net
5) e-Save Budget Dot Com
Lain-lain pengguna Niagakit ada di sini.
Tentulah tidak bukan?
Mereka di atas sudahpun bermula, dan mereka bermula dengan sokongan yang di berikan oleh team NiagaKit. Tetapi kita?
Sekarang cuba nilaikan semula pakej yang ada pada NiagaKit dan bandingkan dengan sistem kedai online buatan mat salleh di barat sana.
Kesimpulannya
  • Adakah kita yakin dengan support atau sokongan yang bagus dari mereka yang kita tidak kenali?
  • Atau adakah lebih bijak untuk kita memilih perkhidmatan dari mereka yang sudah mempunyai track record yang baik dalam industri ini?
  • Adakah RM999 itu masih lagi mahal ataupun BERBALOI dengan semua yang di berikan?
  • Atau kita masih suka membayar developer atau sistem kedai online dari luar negara yang mahal sehingga mencecah ribuan tinggit? Itu pun kita belum pasti dengan khidmat sokongan selepas pembelian di lakukan… pheewww!
Jadi kalau anda ada produk sendiri dan ingin menjualnya melalui internet, dapatkannya sekarang. Janganlah tunggu sampai harga NiagaKit ini naik lagi wehh…


Read more: DragonHackers Blogspot | Tutorial Blogger | Tutorial Internet | Tutorial Computer http://dragonhackthis.blogspot.com/ Under Creative Commons License: Attribution

0 comments: